Tuesday, August 19, 2008

Tom Yam Campur


BAHAN BAHANNYA :-


3 ulas bawang merah - dihiris
1/2 labu bawang besar - dipotong baji
2 batang serai - dititik
Sedikit lengkuas - dihiris
Ayam, daging dan makanan laut ( ikut citarasa )
2 sudu besar sos ikan
5 helai daun limau purut
1 batang saderi - dihiris halus
5 -6 cili padi ( ikut kepedasan )
2 biji tomato - dibelah 4
2 camca pes cili
3 sudu besar jus limau kasturi
Garam dan gula
Sedikit daum ketumbar - dihiris halus


CARA MEMBUATNYA :

- Jerang air dengan bawang, serai dan lengkuas. Bila mendidih, masukkan ayam, daging atau makanan laut, sos ikan dan daun limau. Jika menggunakan daging, pastikan anda telah merebusnya terlebih dulu hingga empuk. Ini akan menjimatkan masa memasak. Makanan laut pula hendaklah dimasukkan ke dalam kuahnya beberapa minit sebelum memadamkan api. Ini untuk mengelakkan isi udang atau sotong menjadi liat seandainya dimasak terlalu lama.



- kacau sehingga mendidih kemudian masukkan daun saderi. Padamkan api, masukkan cili padi, tomato, pes cili dan jus limau secukup rasa. Herba seperti serai dan lengkuas hendaklah dititik atau diketuk dengan anak lesung supaya keharumannya terbit. Tidak perlu ditumbuk atau dicincang kerana ia tidak diperlukan sebagai perencah, memadai untuk baunya. Daun limau purut pula tidak perlu terlalu banyak kerana ia mungkin membuat kuah tomyam pahit.



- letak garam dan gula dan lengkapkan dengan hirisan daun ketumbar.


Ada juga tomyam menggunakan santan. Santan dimasukkan ke dalam kuahnya sejurus sebelum diangkat. Anda tidak perlu didihkan ia selepas itu. Gunakan pati santan supaya tomyam menjadi lemak dan menyelerakan. Bagi yang ingin pedas, tambahkan lebih banyak cili padi. Cili padi hendaklah diketuk atau dititik supaya kepedasannya lebih terasa.



Sos ikan amat penting dalam sebarang masakan Thai. Ia juga dikenali dengan sos sotong. Sekiranya sukar untuk mendapatkannya, boleh digantikan dengan kicap cair. Walaupun keaslian tomyam hilang kerana tiada rasa ikan atau sotong, anda masih boleh menikmati tomyam tersebut.


Tomyam adalah sajian yang sesuai untuk anda yang berdiet. Ini kerana ia tidak mengandungi sebarang minyak atau lemak.

-Sumber dari Kosmo

Sunday, June 1, 2008

Butter Black Pepper Mushroom


Bahan bahannya :
1 tin cendawan butang dalam tin
1/2 sudu butter
sedikit lada hitam


Cara membuatnya :
asingkan cendawan dari airnya. Panaskan butter kemudian masukkan cendawan. Taburkan sedikit lada hitam ( ikut kesesuaian kepedasan masing masing ) dan tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa. Angkat dan bolehlah dihidangkan. Mudah tak sampai 5 minit.

Sedap dimakan bersama roti dan salad.

Monday, April 21, 2008

Ikan Bilis Goreng Cili Api

Bahan bahannya :-

- Ikan bilis setengah mangkuk
- Cili api ( 10 tangkai dan dihiris )
- Bawang besar
- Sedikit garam


Cara membuatnya :-

Basuh ikan bilis dan goreng sampai garing. ( jangan rendam ikan bilis. Nanti tak berapa rangup ). Angkat dan toskan. Kemudian masukkan cili api dan bawang besar. Bagi yang tak berapa suka pedas, boleh kurangkan kuantiti cili api. Tapi, resepi ini memang untuk bagi rasa pedas dan BERDENGGUNG!!

Masukkan garam. Jangan banyak kerana ikan bilis dah cukup masin. Bila dah hampir kekuningan, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga sebati. Angkat dan hidangkan.


**** Tak payah lauk lain. Sedap dimakan bersama telur dadar dan nasi panas. Pergh! Terangkat beb!


Friday, April 4, 2008

Chicken Chop




BAHAN BAHANNYA :-

- 4 keping pangkal & paha ayam. Nak mudah, cari di kedai frozen food. Dah disediakan ayam untuk membuat chicken chop.
- garam, serbuk lada sulah
- 100g tepung gandum
- 30g tepung jagung
- 1 sudu besar tepung beras
- air
- serbuk roti dan minyak



CARA MEMBUATNYA :-

Perap ayam dengan garam dan lada sulah lebih kurang 20 minit. Ayam dibuang kulit supaya bahan salut boleh melekat dengan sempurna. Satukan semua jenis tepung, garam dan air dan kacau sehingga menjadi adunan. Jangan terlalu cair dan biarkan selama 10 minit. Celup ayam di dalam adunan dan kemudian salut dengan breadcrumbs.
Goreng dalam minyak yang banyak supaya mudah masak. Kalau ada deep fryer, lagi elok. Api jangan terlalu kuat.




BAHAN SOS : -

- 3 ulas bawang besar ( seeloknya guna bawang holand dan potong kecil )
- Batang saderi ( potong kecil )
- 2 sudu mentega ( bahan paling penting )
- 2 sudu tepung gandum
- 1 kiub stok ayam
- 1 sudu herba Italy atau herba campuran ( I selalu guna mccormick )
- 2 sudu kicap
- 1 tin cendawan butang - dihiris



CARA MEMBUATNYA :-

Panaskan minyak. Goreng bawang besar dan saderi hingga keemasan. Angkat dan kisar dengan sedikit air.
Panaskan mentega. (Jangan gunakan marjerin - tak sesuwaiiii.). Kecilkan api. Kacau bersama tepung sehingga keemasan. Letak sedikit air dan campurkan stok ayam, herba, kicap dan cendawan butang. Jangan goreng terlalu lama. Yang suka pedas, boleh tambahkan serbuk lada hitam. Kacau sehingga kuah pekat.


Hidangkan chicken chop dengan sos, salad, thousand island, brokoli dan kentang goreng.


Thursday, April 3, 2008

Weekend Chef Mom's

I'm not a good cook. You may try my recipes but i wont guaranteed you my recipes so lazat. Ikut tekak masing masing. I do created this blog just for myself untuk ingat all the masakan and I dont mind if you guys nak berkongsi resepi with me.


Simple. Mudah. Cepat.

Sakit perut, sendiri tanggung.

And there is no one who would have me - I can't cook babehh...