
BAHAN BAHANNYA :-
3 ulas bawang merah - dihiris
1/2 labu bawang besar - dipotong baji
2 batang serai - dititik
Sedikit lengkuas - dihiris
Ayam, daging dan makanan laut ( ikut citarasa )
2 sudu besar sos ikan
5 helai daun limau purut
1 batang saderi - dihiris halus
5 -6 cili padi ( ikut kepedasan )
2 biji tomato - dibelah 4
2 camca pes cili
3 sudu besar jus limau kasturi
Garam dan gula
Sedikit daum ketumbar - dihiris halus
CARA MEMBUATNYA :
- Jerang air dengan bawang, serai dan lengkuas. Bila mendidih, masukkan ayam, daging atau makanan laut, sos ikan dan daun limau. Jika menggunakan daging, pastikan anda telah merebusnya terlebih dulu hingga empuk. Ini akan menjimatkan masa memasak. Makanan laut pula hendaklah dimasukkan ke dalam kuahnya beberapa minit sebelum memadamkan api. Ini untuk mengelakkan isi udang atau sotong menjadi liat seandainya dimasak terlalu lama.
- kacau sehingga mendidih kemudian masukkan daun saderi. Padamkan api, masukkan cili padi, tomato, pes cili dan jus limau secukup rasa. Herba seperti serai dan lengkuas hendaklah dititik atau diketuk dengan anak lesung supaya keharumannya terbit. Tidak perlu ditumbuk atau dicincang kerana ia tidak diperlukan sebagai perencah, memadai untuk baunya. Daun limau purut pula tidak perlu terlalu banyak kerana ia mungkin membuat kuah tomyam pahit.
- letak garam dan gula dan lengkapkan dengan hirisan daun ketumbar.
Ada juga tomyam menggunakan santan. Santan dimasukkan ke dalam kuahnya sejurus sebelum diangkat. Anda tidak perlu didihkan ia selepas itu. Gunakan pati santan supaya tomyam menjadi lemak dan menyelerakan. Bagi yang ingin pedas, tambahkan lebih banyak cili padi. Cili padi hendaklah diketuk atau dititik supaya kepedasannya lebih terasa.
Sos ikan amat penting dalam sebarang masakan Thai. Ia juga dikenali dengan sos sotong. Sekiranya sukar untuk mendapatkannya, boleh digantikan dengan kicap cair. Walaupun keaslian tomyam hilang kerana tiada rasa ikan atau sotong, anda masih boleh menikmati tomyam tersebut.
Tomyam adalah sajian yang sesuai untuk anda yang berdiet. Ini kerana ia tidak mengandungi sebarang minyak atau lemak.
-Sumber dari Kosmo
